Penang, my hometown...bila cakap pasai penang, mesti kita terbayang pantai dan anak mami...tapi yang paling istimewa skali tentang Penang, is the FOOD!!!!...since my hubby is a food people yg tegar (extreme) so being married to him, automatically menjadikan saya juga seorang food people...I thank him for introducing me to the world of FOOD...tu yang lepas kawin I jadi gebu tu...ok, untuk kawan-kawan yang bukan orang Penang tapi nak holiday kat penang, ni adalah antara tempat-tempat makan yang wajib anda 'SERBU' bila sampai penang nanti...sedih dengaq bila kawan-kawan sampai penang, antara makanan yang depa try kat penang adalah Nasi Kandar Pelita dan ikan bakar seagate...there's more than that in penang...
1. Nasi kandaq kampung melayu - for me, this the original version of nasi kandaq. gulai dia, pehhhh!!!! bau gulai tu akan melekat kat tangan 2 hari. lokasi dia kat kg melayu, ayer itam. tapi dia bukak pagi saja. cepat abih. kalau boleh, pukul 7pagi kena terpacak beratur kat sana dah. pukul 10, licin. lepas pekena nasik kandaq kg melayu, mesti rasa nak tidoq. taktau la pasai apa. ada legenda mengatakan (cewah!), depa boh ganja dalam nasik depa. ganja pun ganja lah. yang penting, TERANGKAT!!!!!! penah gak dengaq crita, Tun pun peminat nasik kandaq kampung melayu.
2. Nasi beratur - nasik kandaq jugak tapi kalau nak makan nasik depa ni, kena sabaq banyak-banyak. sebab kena beratur panjang. pastu mamak tu sengaja ja boh nasik in slow motion. bagi orang terliuq kot. lokasinya sebelah masjid acheh. ala, dekat penang road. dekat-dekat dengan terminal feri gak. dia bukak malam sampai ke awal pagi. gerai dia kecik saja tapi kita boleh tau sebab kalau lalu situ malam-malam, nampak orang beratuq panjang, tu la NASIK BERATUQ. parking kereta, kat kaki lima kedai-kedai emas saja. senang. takdak orang nak saman atau tow. this is penang maaaaaa......
3. Sup Hamed - gerai dia dekat penang road gak. dekat hotel cititel, penang. depa meniaga kat kaki lima saja. tapi orang memang ramai makan kat situ. nak duduk kadang-kadang kena tunggu turn. macam-macam jenis sup depa jual. sup daging, sup kambing, sup ayam, sup campoq, sup lidah, sup ekoq, sup torpedo, sup tulang, sup perut etc. makan sup depa, memang sampai berayaq hidung dengan mata. pastu segala angin badan akan keluaq melalui tempat-tempat tertentu. bezanya pada aroma sahaja. hehehehehe. sup depa memang mengancam. boleh makan dengan roti mengali atau hirup sup saja. order teh tarik pulak tu. pehhhhh!!!!! ada jugak jual roti canai dan mee goreng kat situ tapi the main attraction is the sup la.
4. Mee Bangkok Lane - lepas tengok gerai ni kat AFC, esok tu terus me and hubby serbu kedai ni. lokasinya of course kat bangkok lane. jalan nak ke burma road. mamak mee ni terer cakap cina. mee dia memang sedap. ada mee goreng dengan mee kuah. order dua-dua skaligus pun makan tak puas. nak kena order lagi. setiap kali balik penang, mee bangkok lane antara yang wajib kami serbu.
5. Mee Sotong - lokasinya ada dua. tapi different taukeh la. satu kat gurney drive, satu lagi kat padang kota lama. i prefer yang kat padang kota lama. dah nama dia mee sotong, memang mee ni akan full of sotong. sedap........rasa segala-galanya. taste like mee goreng mamak cuma full of sotong. order ayaq nyioq skali time makan. melengkapkan hidangan anda.
No comments:
Post a Comment